Tuesday, August 17, 2010

Minggu 5: Jurnal Refleksi

GAMELAN

(Video 1 : Gamelan Bali)

(Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=ldPMifPbngc&feature=player_embedded)



Salam Warisan.... (^_^)

Pada kuliah Minggu ke 5 ini, En. Amran telah menayangkan video "Gamelan Bali" (Video 1 seperti di atas) sebagai set induksi dalam membawa kami memberi fokus tentang kuliah yang ingin disampaikan. Berdasarkan video yang ditayang ini, saya sangat teruja melihat persembahan ensemble Gamelan Bali yang dipersembahkan kerana teknik dan cara ianya dimainkan sangat berbeza dengan teknik dan cara yang dimainkan sepertimana yang pernah saya lihat di Malaysia. Selain itu, alat muzik yang digunakan juga sedikit berbeza seperti di Malaysia.

Berdasarkan kuliah yang disampaikan, melihat kepada pengenalan GAMELAN dapatlah diketahui bahawa ia berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Ini mungkin kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi yang dibunyikan dengan cara ditabuh atau dipukul.

"Perkusi bermaksud sebarang benda yang dapat menghasilkan suara sama ada dipukul, dikocok, digosok, diadukan, atau dengan cara apapun yang dapat membuat getaran pada benda tersebut. Istilah instrumen perkusi biasanya digunakan pada benda yang digunakan sebagai pengiring dalam suatu permainan musik."

(Sumber : http://id.wikipedia.org/wiki/Instrumen_musik_perkusi).

Alat muzik gamelan diperbuat daripada perunggu dan kayu, dan ada juga dari besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau ‘fixed tuning’. Permainan muzik gamelan dilakukan secara ensembel. Persembahannya hanyalah lengkap dan sempurna apabila dimainkan secara berkumpulan. Walaubagaimanapun, muzik gamelan juga boleh dipersembahkan secara tersendiri.

Gamelan wujud semenjak T.M 1. dan alat gamelan yang pertama sekali dicipta ialah gong. Kemudian alat-alat yang lain dicipta mengikut peredaran zaman. Pada awal tamadun Melayu, gong merupakan alat yang penting dibunyikan sebagai tanda sesuatu upacara bermula atau sesuatu peristiwa berlaku. Pada zaman Pemerintahan Kerajaan Demak di Jawa, gamelan digunakan untuk berdakwah oleh ahli sunan (kiai). Kini gamelan dikenali di seluruh dunia sebagai muzik etnik yang unik yang mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Gamelan dipercayai berasal dari Indonesia, tetapi terdapat juga alat gamelan yang serupa di negara jiran seperti Filipina, Thailand, Cambodia dan sebahagian Vietnam. Di antaranya Kulintangan di Sabah, Sarawak, Brunei, Mindanao dan Celebes. Namanya mungkin berbeza dari satu tempat ke tempat lain tetapi bentuk alat serta susunannya adalah lebih kurang sama.

Sepanjang kuliah pada minggu ke-5 ini, saya dapat mengetahui sejarah, jenis-jenis gamelan berserta alat muziknya, serta Sistem Tonal, Melodi, Bentuk dan Tekstur ensembel gamelan ini. Terdapat dua (2) jenis gamelan yang telah saya pelajari iaitu Gamelan Melayu dan Gamelan Jawa.


GAMELAN MELAYU

Gamelan Melayu juga disebut sebagai Gamelan Terengganu dan lebih dikenali sebagai Joget Gamelan. Gamelan ini telah wujud di Istana Riau Lingga sejak abad ke-18. Perkembangan gamelan ini ada kaitan dengan ikatan perkahwinan keluarga Di Raja Riau dengan keluarga Bendahara dari Negeri Pahang.

Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

Pada tahun 1914, apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.

Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.

Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.


ALAT MUZIK GAMELAN MELAYU


Rajah 1 : Bonang

Rajah 2: Kenong

Rajah 3: Gambang

Rajah 4: Saron Barung

Rajah 5: Saron Pekin

Rajah 6: Gong


Muzik gamelan Terengganu adalah lebih mudah dibandingkan dengan muzik gamelan Johor/gamelan Jawa. Set alat gamelan Terengganu mengandungi 7 alat berikut iaitu gendang, bonang/keromong, saron barung, sarun penerus/pekin, gambang, kenong dan gong.



0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump. A

Blog Pelajar Kump. B

Blog Pelajar Kump. C

SMP2252 Khadijah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template