Namun, setelah kembali ke kampus saya cuba medapatkan nota Kuliah Minggu 4 dengan memuat turun daripada blog yang disediakan pensyarah. Selain itu, saya juga sempat membaca beberapa ulasan daripada jurnal refleksi sahabat-sahabat yang lain. Perkara ini sedikit sebanyak membantu pemahaman saya mengenai tajuk yang dikuliahkan oleh pensyarah pada minggu lepas.
Berdasarkan nota kuliah pada minngu lalu (Minggu 4), terdapat 3 objektif atau sasaran yang ingin ingin dicapai oleh pensyarah iaitu:
1) Jenis Wayang Kulit
2) Alat-Alat Muzik Wayang Kulit
3) Perbezaan antara Wayang Kulit
Sebelum saya membuat ringkasan mengenai apa yang disampaikan oleh pensyarah, saya ingin melihat sedikit pengenalan mengenai wayang kulit.
Menurut sumber wikipedia, wayang kulit merupakan sejenis pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Terdapat pelbagai jenis wayang kulit yang merupakan seni Asia Tenggara merangkumi Thailand, Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia wayang kulit telah berkembang dan terkenal khususnya disebelah pantai timur semenanjung iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang berperanan sebagai narator dialog tokoh-tokoh wayang dengan diiringi oleh muzik gamelan. Muzik gamelan ini dimainkan oleh sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir iaitu layar yang dibuat daripada kain putih, sementara di belakangnya disuluh lampu elektrik atau lampu minyak (dian) bagi menghasilkan bayangan wayang dan dapat ditonton oleh penonton disebelah berlawanan layar kelir.
(Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_Kulit)
Seterusnya saya akan menerangkan mengenai jenis-jenis wayang kulit serta alat-alat muzik yang digunakan dalam setiap jenis wayang kulit tersebut. Berikut merupakan 4 jenis wayang kulit sepertimana yang telah dikuliahkan oleh En. Amaran:
1) Wayang Kulit Jawa
Wayang Kulit Jawa dikenali sebagai Wayang Purwa & berasal dari Indonesia. Ianya dipersembahkan oleh orang keturunan Jawa di Johor dan Selangor. Wayang kulit jenis ini masih mengekalkan ciri wayang kulit purwa asli (epik Ramayana dan Mahabrata) dan diiringi oleh muzik Gamelan Jawa serta terdiri dari pemuzik dan penyanyi.
Antara alat muzik yang digunakan adalah khendang (membranofon) dan beberapa alat muzik kategori idiofon termasuk
2) Wayang Gedek
Wayang Gedek berasal dari Thailand dan telah berkembang di Kawasan Utara semenanjung Malaysia (Perlis dan Kedah) – Nang Talung. Wayang kulit jenis ini menggunakan patung kecil dan menggunakan campuran Bahasa Thai dan tempatan. Ia membawa cerita Epos Ramayana – Ramakien dan sangat dominan dengan pengaruh Siam.
Isi cerita wayang Gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung. Walaubagaimanapun, berlaku beberapa pengubahsuaian dalam wayang ini yang menyaksikan penerapan unsur-unsur setempat. Cerita Wayang Gedek banyak diselitkan babak-babak cerita yang popular pada masa kini.
Alat-alat muzik yang digunakan dalam Wayang Gedek ini adalah seperti alat yang digesek iaitu Saw oo dan Saw Duang (Kordofon)
3) Wayang Kulit Melayu (Wayang Jawa)
Wayang Kulit Melayu atau juga dikenali sebagai Wayang Jawa ini banyak dipengaruhi oleh Wayang Purwa dari Indonesia
Cerita Wayang Melayu berdasarkan episod-episod dari epik Mahabharata, terutamanya cerita Pendawa Lima. Wayang ini juga dipengaruhi oleh cerita Panji.
Anatara alat muzik yang dimainkan ialah seperti rebab 2 tali (Tuning F2, C5, Gendang Ibu dan Gendak Anak seperti Wayang Kulit Kelantan, sebiji Mong , Canang (6 biji), Kesi dan Gong.
Wayang Kulit Kelantan merupakan teater rakyat dan sangat popular. Ia menceritakan tentang Epos Ramayana iaitu rita Maharaja Rawana (Seri Rama, Laksamana, Siti Dewi, Rawana, Hanuman Kera). Watak Peran disebut sebagai Pak Dogol dan Wak Long. Penceritaan popular adalah cerita Melayu, cerita Panji dan cerita tempatan.
Wayang ini dimainkan berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama iaitu himpunan cerita yang disadur dari epik Ramayana tradisi India.
Alat muzik yang dimainkan termasuklah alat muzik kategori membranofon seperti sepasang Geduk, sepasang Gendang dan sepasang Gedumbak, alat aerofon seperti serunai (Nada tinggi dan rendah) dan alat muzik idiofon seperti sepasang Canang, Kesi dan sepasang Tetawak.
Secara ringkasnya, keempat-empat jenis wayang kulit ini dapatkan dibezakan dengan jelas dengan melihat kepada dua (2) elemen utamanya iaitu bentuk patung dan alat muzik yang digunakan oleh setiap jenis wayang kulit yang dibincangkan di sini. Perbezaan bentuk patung dan alat muzik bagi wayang kulit (w.k) Jawa, Gedek, Melayu dan Kelantan diringkas seperti jadual di bawah:
Wayang Kulit Jawa | Wayang Gedek | Wayang Kulit Melayu | Wayang Kulit Kelantan |
Pengaruh Jawa | Pengaruh Siam | Pengaruh Jawa | Pengaruh Siam |
Kedua-dua sendi bergerak | Satu sendi bergerak | Kedua-dua sendi bergerak | Satu sendi bergerak |
Kedudukan mengiring | Kedudukan menghadap | Kedudukan mengiring | Kedudukan mengiring |
Mengekalkan ciri asal perpakaian | Mengekalkan ciri asal perpakaian | Mengekalkan ciri asal perpakaian | Mengekalkan ciri asal perpakaian |
Wayang Kulit Jawa | Wayang Gedek | Wayang Kulit Melayu | Wayang Kulit Kelantan |
Set Gamelan Jawa | Serunai Geduk Gedombak Canang Kesi kecil Cing | Gong Canang Mong Kesi Gendang Rebab | Tetawak (gong) Canang Kesi Gedang Geduk Gedombak Mong Serunai Pemetek |
0 comments:
Post a Comment