Jurnal Refleksi pada minggu terakhir ini adalah berkaitan tajuk kuliah yang disampaikan oleh pensyarah iaitu Tarian Singa.
Tarian Singa atau dalam bahasa Cina disebut sebagai pinyin ( 舞獅 ushī ) merupakan sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina di mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Melihat kepada sejarah singa, sejarah dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.
Pada kuliah minggu ke 14 ini, kami seperti biasa dipaparkan dengan video. Video kali ini berkisarkan kepada Tarian Singa. Saya tertarik dengan gerak tari semasa persembahan yang ditayangkan. Penuh dengan nilai estetikanya. Inilah yang dikatakan keunikan tarian singa ini. Gerak tari dua orang penari dalam 1 jasad (kostum singa) ini sudah cukup membawa satu nilai dan keunikan yang membawa identiti tersendiri.
Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berasa sangat bangga dan bertuah kerana menjadi warga bagi sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian seni dan budaya setiap etnik, kaum dan bangsa yang berbeza. Kepelbagaian (varsity) seni dan budaya ini perlu dipelihara kerana ia merupakan aset yang sangat berharga kepada negara kita.
Salam bertemu kembali. Minggu ini merupakan 2 minggu terakhir sebelum berakhirnya kuliah pada semester ini. Sehubungan itu, ada beberapa tajuk penting yang perlu diselesaikan oleh pensyarah untuk dikuliah pada semester ini.
Jurnal Refleksi Minggu Ke-13 ini akan menyentuh ulasan mengenai topik yang dikuliahkan oleh pensyarah iaitu "Gendang 24 Musim" atau disebut juga sebagai "Ji Qie".
Idea muzik ini diasaskan kepada satu musim pertanian di negara Cina. Nama musim ini ditulis pada gendang dengan kaligrafi Cina. Bagaimanapun 'Gendang 24 Musim' ini datangnya daripada 4 musim besar (musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk / dingin) yang kemudiannya dibahagikan kepada 6 musim keci).
Satu-satunya alat muzik utama ensamble ini adalah gendang yang digelar gendang shigu (dram tarian singa) atau ada juga yang menggunakan gendang longgu. Gendang yang dipalu dengan gerak tari yang seragam sangat mengagumkan dan membawa kepada satu identiti yang tersendiri.
Semoga "Gendang 24 Musim" ini terus mendapat perhatian dan diperkenalkan secara lebih meluas khususnya kepada seluruh masyarakat Malaysia dan amnya kepada masyarakat antarabangsa.
Dalam ruangan Jurnal Refleksi (Minggu Ke-11) pada kali ini saya ingin berkongsi bersama rakan-rakan mengenai pembentangan kumpulan kami iaitu mengenai tajuk wayang kulit. Hasil pembentangan kami adalah berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan di ASWARA. Kami telah membuat kajian di ASWARA pada 24 September 2010 iaitu pada hari Jumaat, bagi mendapatkan maklumat dan gambaran yang lebih jelas mengenai Wayang Kulit. Kami telah medapat kerjasama pensyarah (En. Mohd Nasir bin Yusoff ataupun yang lebih dikenali dengan gelaran Pok Nasir). Beliau juga merupakan penggiat seni Wayang Kulit terkenal di Malaysia. Beliau sangat aktif dalam usaha membawa seni wayang kulit dipersada dunia sehingga telah melakukan banyak persembahan di beberapa buah negara termasuk menghadiri beberapa konvensyen dan persidangan mengenainya.
(Rajah 1: Bergambar kenangan bersama Pak Nasir)
Pada hari pembentangan kami telah membawa sedikit pendekatan yang berbeza iaitu dengan membuat demonstrasi persembahan wayang kulit dengan kerjasama kakitangan Fakulti Seni & Muzik sendiri. Saya amat berterima kasih kepada mereka kerana berjaya menarik minat, perhatian dan tumpuan rakan-rakan supaya memberi fokus kepada tajuk pembentangan kami pada hari tersebut.
Selesai sahaja demonstrasi tersebut, kami terus beralih kepada sesi pembentangan setiap ahli kumpulan. Setiap ahli kumpulan membentangkan bahagian masing-masing berdasarkan kepada pembahagian yang telah ditetapkan di awal perbincangan.
Bermula dengan saudari Finaz dengan tajuk pengenalan dan sejarah wayang kulit sedikit sebanyak telah memberi gambaran awal mengenai wayang kulit. Seterusnya diikuti dengan tajuk Wayang Gedek yang disampaikan oleh saudari Emma. Tajuk seterusnya telah disampaikan oleh saudara Azirul iaitu mengenai Wayang Kulit Melayu. Saudara Firdaus pula telah memberikan penjelasan mengenai Wayang Kulit Jawa yang juga dikenali sebagai Wayang Purwo.
Pembentangan seterusnya yang disampaikan oleh saudara Amirul memberi fokus kepada Wayang Kulit Kelantan dan sekaligus menghuraikan hasil kajian kami berkenaan Wayang Kulit Kelantan berdasarkan maklumat, pendapat dan pandangan responden (Pak Nasir). Antara perkara penting yang dibincangkan adalah mengenai Sejarah Wayang Kulit, Penjelasan Tentang Wayang Kulit Kelantan, Bentuk Patung & Watak Wayang Kelantan, Mantera Wayang Kelantan, Upacara Buka Panggung, Lagu-Lagu Wayang Kulit serta Cabaran Wayang Kulit.
Pembentangan terakhir pula adalah berkenaan Pantang Larang Dalam Seni Wayang Kulit, Persamaan dan Perbezaan Ciri Wayang Kulit, Isu dan Cabaran serta Pandangan dan Cadangan kami dalam memartabatka dan melestarikan Seni Wayang Kulit khususnya pada zaman moden ini. Perkara-perkara ini telah dibentangkan oleh saya sendiri.
Secara keseluruhannya, setiap ahli berjaya menyampaikan pembentangan masing-masing dengan baik sungguhpun ada beberapa persoalan yang tidak dapat dijawab setelah ditanya oleh rakan-rakan yang lain. Kekengan masa secara tidak langsung sebenarnya membatasi pengetahuan dan pemahana secara mendalam mengenai sesuatu perkara dalam seni wayang kulit ini. Ini adalah kerana seni wayang kulit ini merupakan satu seni yang sangat kompleks dan memerlukan penglibatan, kajian, dan pemerhatian yang luas.
Ringkasnya, selaku pembentang terakhir kami berasa sangat lega dan bersyukur kerana berjaya menyelesaikan tugasan ini sepertimana yang dikehendaki oleh pensyarah. Jutaan terima kasih juga diucapkan khususnya kepada Pak Nasir dan En. Amran kerana banyak membantu kami sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini. Semoga hasil kajian ini dapat memberi input dan pengalaman yang baik dan berkesan untuk semua.
Jurnal Refleksi pada minggu ini adalah berkisarkan kepada hasil pembentangan kumpulan yang telah diberi tajuk Nobat dan Orkestra Cina Moden (OCM).
(Rajah 1: Kumpulan Nobat)
Sebelum ini saya pernah mendengar perkataan Nobat. Namun, saya tidak mengetahui banyak perkara mengenai muzik diraja ini. Saya begitu teruja untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai Nobat ini dan tidak sabar-sabar menunggu penjelasan daripada para pembentang.
Di Malaysia, muzik Nobat hanya terdapat di negeri Kedah, Terengganu, Perak, Selangor dan Melaka. Nobat hanya dipersembahkan apabila mendapat titah daripada Sultan. Seperti yang dimaklumkan, Nobat merupakan sejenis alat kebesaran diraja negeri. Sehubungan itu, sebagai alat muzik diraja ianya sangat berbeza jika dibandingkan dengan muzik-muzik yang lain. Perbezaan yang dimaksudkan di sini adalah dari segi nilai Nobat yang seiring dengan kedudakannya sebagai muzik diraja itu sendiri. Ini adalah kerana Nobat hanya boleh dimainkan atau dipersembahkan apabila mendapat titah daripada Sultan sahaja. Ia hanya dimainka pada hari-hari sambutan atau peristiwa-peristiwa tertentu sahaja. Ianya tidak boleh dimainkan sesuka hati kerana muzik ini mempunyai pantang larangnya yang tersendiri.
Antara lain yang menarik minat saya mengenai Nobat ini adalah mengenai salah satu pantang larangnya. Di mana, muzik Nobat ini hanya boleh dimainkan oleh orang yang berketurunan kalur atau pewaris lelaki bagi keturunan ini. Muzik ini hanya melibatkan kaum lelaki sahaja dan perempuan sama sekali tidak boleh memainkan alat muzik ini. Alat muzik ini juga hanya boleh dipegang dan dimainkan oleh orang-orang tertentu sahaja. Golongan biasa adalah dilarang memegang dan bermain muzik Nobat ini sama sekali.
Antara alat muzik Nobat ialah 'Nafiri', 'Serunai,' 'Gendang', 'Nahara' dan 'Gong.' Nafiri hanya dimainkan dalam muzik Nobat. Saya juga tertarik setelah dimaklumkan bahawa permukaan bawah gendang Nahara itu dikatakan diperbuat daripada kulit perut perempuan mengandung.
Beralih kepada Orkestra Cina Moden (OCM). OCM merupakan salah satu orkestra yang popular di Singapura. Ianya merupakan permainan orang berbangsa Cina. Namun di Malaysia, ianya kurang meluas disebabkan oleh beberapa perkara. Namun, ia masih wujud dan terdapat badan-badan tertentu yang masih berusaha untuk memertabatkan da mengembangkan lagi OCM ini. Pembentang juga berjaya menarik minat rakan-rakan sekelas yang lain kerana mempunyai slide powerpoint yang sangat menarik. Sebelum ini, saya pernah menonton OCM ini dipersembahkan di televisyen. Kagum dan teruja saya melihat kecekapan pemuzik yang memainkan alat-alat muzik yang unik dan sangat asing bagi saya. Namun, saya tidak mengetahui nama-nama alat muzik yang dimainkan tersebut. Setelah mendapat penjelasan daripada rakan-rakan pembentang pada minggu ke-10 ini, barulah mengetahui nama-nama alat muzik tersebut.
Antara alat muzik yang terdapat dalam OCM ini ialah sheng, pipa, muyu, bangzi, dizi, suona, yunluo, paigu, banhu, dan banyak lagi. Kesemua alat muzik ini adalah pecahan alat muzik dari kategori bowed strings, plucked strings, woodwinds dan juga percussion. Dalam OCM, hanya 4 kategori alat muzik ini sahaja yang dimainkan. Salah satu alat muzik yang menarik perhatian saya adalah muyu. Ia merupakan sejenis alat muzik yang diukir daripada kayu dan diukir menjadi bentuk ikan. Bunyinya dihasilkan melalui ketukan di atas blog kayu yang telah diukir itu.
(Rajah 2: Muyu) (Sejenis alat muzik yang diukir dan menghasilkan bunyi melalui ketukan)
Secara keseluruhannya, kedua-dua tajuk pembentangan pada minggu ke-9 ini merupakan tajuk yang sangat menarik. Para pembentang juga telah berjaya menyampaikan pembentangan dengan baik dan jelas dan masing-masing mempunyai gaya persembahan dan kelebihan yang tersendiri. Apa yang paling penting adalah banyak input yang saya dapat daripada pembentangan yang dijalankan. Input-input seperti ini sangat berguna khususnya kepada mereka yang bakal bergelar pendidik bagi subjek Pendidikan Muzik. Diharapkan agar lebih banyak kajian akan dilakukan oleh pelajar tentang ensembel muzik ini pada masa akan datang bagi mengelakkannya dari terus hilang ditelan dek zaman.
Pada Kuliah Minggu ke-9 ini merupakan kuliah yang sedikit berbeza berbanding dengan kuliah kami sebelumnya. Ini adalah kerana pada permulaan kuliah, kami telah berpeluang untuk menyaksikan demonstrasi yang dipersembahkan oleh Dekan Fakulti Muzik (Prof. Dr. Hasan) bersama beberapa orang staf fakulti. Pada kesempatan ini saya telah berpeluang menyaksikan alat muzik tradisional yang jarang saya lihat dimainkan secara life seperti rebab, kesi dan gedombak. Saya juga telah mengambil kesempatan untuk merakamkan demonstrasi pada hari tersebut.
Demontsrasi telah dijalankan selama lebih satu jam. Dekan Fakulti Muzik kemudian telah menceritakan pengalamannya sewaktu membuat lawatan dan persembahan di beberapa buah negara seperti Singapura dan Beijing. Saya turut merasa bangga kerana seni muzik tradisional kita telah mendapat tempat hingga ke luar negara.
Selesai demontrasi tersebut, En. Amran segera memberi laluan kepada kumpulan pembentang pada minggu ini menyampaikan pembentangan mereka. Pada minggu ini tajuk pembentangan adalah berkaitan dengan Mak Yong. Semua ahli pembentang adalah terdiri daripada kaum Cina. Walaupun, wujudnya sedikit masalah komunikasi sepanjang penyampaian pembentangan mereka, namun saya kagum melihat kesungguhan mereka dalam menyampaikan hasil kajian mereka sebaik mungkin.
Tambahan pula, kesungguhan mereka dapat dilihat berdasarkan kaedah mendapatkan maklumat berkaitan Mak Yong itu sendiri. Di mana, mereka telah pergi ke Istana budaya dan berjumpa dengan penggiat dan jurulatih Mak Yong sendiri. Ini sudah cukup mempamerkan minat dan kesungguhan mereka dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka. TAHNIAH saya ucapkan kepada para pembentang.
Sebelum membentangkan hasil kajian, mereka telah menggunakan satu pendekatan yang sedikit berbeza berbanding kumpulan pembentang yang lain. Bagi menarik perhatian dan tumpuan rakan sekelas, ahli pembentang telah memberi peluang kepada kami untuk melakukan sendiri tarian mengadap rebab dengan mengikut (meniru) gaya tarian seperti yang ditayangkan di dalam video. Walaupun tidak semua boleh meniru gaya tarian tersebut dengan baik seperti yang ditayangkan di dalam video, namun pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang sangat menarik bagi saya dan rakan-rakan yang lain.
Menyentuh sedikit mengenai perkembangan Mak Yong, seperti persembahan seni tradisional yang lain juga, Mak Yong telah mengalami pembaharuan mengikut arus pemodenan. Dari segi pakaian (costume) Mak Yong telah mengalami perubahan mengikut fesyen moden. Bahkan ada yang mengadaptasikan konsep pakaian Mak Yong dalam fesyen pakaian pengantin. Dari segi alat muzik pula, rebab memainkan peranan penting dan ianya sangat dihormati. Ini dapat dibuktikan apabila permulaan tarian dimulakan dengan mengadap rebab sebagai simbolik penghormatan terhadap alat muzik tersebut. Irama Mak Yong adalah mengikut gongngan iaitu gendang anak dan ibu. Hampir semua rentak muzik Mak Yong bertempo agak perlahan.
Secara keseluruhannya, hasil pembentangan kumpulan pada minggu ke-9 ini secara tidak langsung memberi input dan maklumat yang lebih kepada saya dan rakan-rakan sekelas yang lain mengenai seni Mak Yong. Satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan adalah peluang menarikan tarian mengadapa rebab yang belum pernah saya tarikan sebelum ini. Sekaligus, ia memberi kesedaran kepada saya dalam mencintai dan menghargai seni persembahan warisan negara kita yang unik dan tiada tandingannya.
Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari sahaja lagi saya dan sahabat-sahabat Muslim yang lain akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, 'Hari Kemenangan Bagi Umat Islam'. Kampus dan kolej pun dah sunyi dan lengang. Ramai yang sudah pulang ke kampung. Saya pula masih menanti adinda dari Johor untuk pulang ke kampung bersama. "Memandangkan internet di rumah sewa ku sudah beberapa hari tak boleh nak access, terpaksa la aku ke pejabat ku di bitara untuk siapkan Jurnal Refleksi minggu ke lapan ni. Bimbang tak dapat nak selesaikan tugasku yang satu ini sebab kalau di kampung tak ada Cyber Café yang dekat".
Jurnal Refleksi Minggu Ke-8. “MENORA”. Demikianlah tajuk pembentangan tugasan kumpulan pada minggu lalu. Satu pembentangan yang boleh dikatakan menarik dan sangat bermaklumat. Sesuatu yang menarik dan berbeza adalah demontrasi tayangan video yang dilakonkan sendiri oleh setiap ahli kumpulan pembentang.
Jika ada yang bertanya tentang Menora pada saya sebelum ini, belum pasti saya boleh menjelaskan dengan baik mengenainya. Namun, selepas kuliah yang lalu melalui pembentangan kumpulan M.I.N.D.A, secara tidak langsung dapat menambah input dan kefahaman saya dan sahabat-sahabat yang lain mengenai MENORA iaitu sejenis drama tari yang mempunyai 12 buah cerita yang dipetik daripada kitab-kitab Mahabrata.
Pada awalnya, pembentang menyentuh mengenai sejarah asal usul Menora daripada beberapa sumber termasuk sumber daripada hasil temubual dengan Hj. Mohamed Tharuwat b. Hj. Ismail Bakti, seorang aktivis Menora. Seterusnya pembentang memberi penjelasan mengenai bagaimana lahirnya cerita dan watak Menora (daripada 3 pendapat yang berbeza). Dalam permainan Menora, terdapat tiga watak utama iaitu Perwira, Srikandi dan Tok Perang. Selain itu, terdapat watak-watak lain seperti Pak Sitong, Inang (Dayang) dan Perang (Pengasuh dalam istana). Permainan Menora yang asalnya berunsur spiritual kini telah diubahsuai mengikut perkembangan dan kesesuaian zaman dan hanya dimainkan dalam bentuk persembahan.
Selain itu, pembentang telah memberi maklumat mengenai Busana Menora bagi pelakon lelaki, pelakon wanita, peran dan ahli muzik. Busana yang digunakan sangat unik dan menarik. Saya sangat tertarik dengan Kecopong, sebuah mahkota tinggi atau disebut sebagai Cha Da kerana rekabentuk dan ukirannya yang sangat halus dan berseni. Kami turut difahamkan dengan perbezaan di antara Cha Da Melayu dengan Cha Da Siam. Sekarang saya sendiri boleh membezakan antara keduanya iaitu perbezaan utamanya ialah Cha Da Melayu mempunyai telinga sebaliknya Cha Da Siam tidak bertelinga. Kami juga difahamkn bahawa topeng dan rotan juga merupakan alat yang turut digunakan dalam permainan Menora ini di mana masing-masing mempunyai peranan tersendiri.
Seterusnya, antara perkara lain yang turut disentuh oleh pembentang ialah “Adat Buka Panggung”. Seperti juga permainan Kuda Kepang, Menora mempunyai adat buka panggung yang tersendiri. Terdapat bahan, pengeras dan pantang larangnya yang tersendiri.
Bahagian seterusnya adalah mengenai Alat Muzik yang digunakan dalam permainan Menora. Alat muzik utama adalah Geduk (1), sepasang canang, Pinai (1), Gedombak (2), Cerek (1) dan Kesi (1). Dalam permainan Menora alat muzik ini mempunyai kedudukannya yang tersendiri (Sila Rujuk Rajah 1)
Rajah 1: Kedudukan Alat-Alat Muzik Menora
Pada bahagian terakhir, pembentang menyentuh mengenai Tarian dan Lagu dalam permainan Menora.Berdasarkan apa yang saya fahami, terdapat 12 gerak tari asal yang lahir hasil mimpi puteri dan putera yang dikisahkan dalam permainan Menora ini. Kini, terdapat beberapa jenis gerak tari yang telah diubahsuai dan dimainkan dalam persembahan Menora.
Secara keseluruhannya, setiap ahli dalam pembentangan Menora ini dapat menyampaikan pembentangan dengan baik dan berkesan. Kefahaman hasil kajian lapangan sememangnya dilihat banyak membantu para pembentang dan memberi keyakinan kepada mereka untuk menyampaikan maklumat kepada sahabat-sahabat seterusnya menjawab persoalan-persoalan yang diajukan semasa dan selepas pembentangan. Semoga segala maklumat yang disampaikan oleh pembentang dapat dimanfaatkan bersama. Sekian, Salam Aidilfitri. (^_^)
Author: SMP2252 KHADIJAH
| Posted at: 12:24 AM |
|
Salam Warisan, Salam 1 Malaysia & Salam MERDEKA…!!!
Hari ini tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat bagi Negara kita Malaysia. Mendengar kemeriahan pelancaran Logo 1 Malaysia yang dibina menggunakan botol-botol terbuang bersama ‘Malaysian Book of Records’ sempena sambutan kemerdekaan dan Majlis Perasmian Penutupan Tautan Merdeka di KHAR membuatkan saya rasa bersyukur dengan nikmat kebebasan Negara yang kita kecapi sehingga hari ini. Justeru mengingatkan saya tentang tanggungjawab dan tugas yang belum saya selesaikan pada minggu ini. Jurnal Refleksi..!!
Pada minggu lepas (Minggu ke-7), dua kumpulan telah membentangkan hasil tugasan dan kajian lapangan mereka di dalam kelas. Kumpulan pertama dengan tajuk ‘Keroncong’ manakala kumpulan kedua dengan tajuk ‘Kuda Kepang’. Maka, kali ini refleksi di ruangan ini akan berkisar kepada komen, pandangan dan kritikan tentang apa yang disampaikan oleh kedua-dua kumpulan tersebut.
Kumpulan ‘Keroncong’ telah menjadi pembuka tirai bagi pembentangan tugasan kumpulan kuliah SMP 2252 pada hari Rabu di bilik kuliah. Melihat kepada apa yang disampaikan oleh kumpulan ini, secara keseluruhannya saya mendapati maklumat yang disampaikan sangat banyak dan bermakna kepada saya dan sahabat-sahabat yang lain. Saya telah memperoleh pengetahuan tambahan mengenai sejarah umum dan sejarah keroncong di Malaysia, alat muzik keroncong dan evolusinya, cara memainkan alat-alat muzik keroncong seterusnya ciri-ciri khas muzik keroncong (form, rentak & jenis).
Salah satu kelebihan kumpulan ini adalah mereka telah membawa alat-alat muzik keroncong yang sebenar ke dalam bilik kuliah. Kami berpeluang melihat demonstrasi cara alat muzik seperti Ukulele (Cuk), Tenor Banyo (Cak) dan Cello dimainkan. Selepas kuliah saya berpeluang memegang sendiri cak dan cuk dan ini adalah kali pertama saya memegang cak dan cuk. Selain itu, melalui hasil kajian yang dilakukan juga banyak memberi pengetahuan dan membantu pemahaman saya tentang muzik ‘Keroncong’ ini. Mereka menjalankan kajian di UPSI iaitu dengan melibatkan respondan dalam kalangan senior di Fakulti Seni & Muzik sendiri. Apa yang membanggakan saya adalah di UPSI ini terdapat satu kumpulan keroncong yang hebat. Mereka merupakan pelajar UPSI yang mahir dan berjaya mempersembahkan keroncong dengan sangat baik. Usaha mereka ini perlulah diteruskan dan diwarisi oleh adik-adik atau junior yang lain bagi mengekalkan warisan Melayu yang unik ini.
Berdasarkan persembahan yang disampaikan oleh kumpulan ‘Kuda Kepang’ pula, secara tidak langsung saya dapat menambahkan pengetahuan mengenai beberapa perkara penting dalam ‘Kuda Kepang’ yang belum pernah saya ketahui sebelum ini. Antara penekanan penting yang dibawa oleh kumpulan ini adalah sejarah, kostum, alat muzik, cara permainan dan pantang larang dalam ‘Kuda Kepang’. Hasil pembentangan kajian lapangan kumpulan ini juga secara tidak langsung memberi peluang kepada sahabat-sahabat lain melihat usaha dan mendengar respon penggiat kuda kepang dalam mempertahankan tarian ini. Bagaimanapun, saya percaya bahawa masih terdapat beberapa perkara yang belum jelas mengenai 'Mentera Kuda Kepang' ini. Saya berpendapat masih terdapat perkara yang tidak dijelaskan secara tepat dan telus oleh responden mengenai hal ini dan masih menjadi tanda tanya kepada saya dan rakan-rakan termasuk En. Amran sendiri.
Pada pandangan saya, kumpulan ‘Kuda Kepang’ telah menunjukkan satu persembahan yang menarik dengan rekabentuk slide yang berjaya menarik perhatian rakan-rakan. Penggunaan warna, gambar dan rekabentuk grafik, tayangan video menambahkan lagi keberkesanan pembentangan. Namun, perlu berhati-hati dengan pemilihan warna latar belakang (background colour) dengan penyesuaian warna tulisan kerana ada beberapa slide yang kurang jelas tulisan dan paparannya. Pemilihan warna latarbelakang, warna, jenis dan saiz tulisan adalah sangat penting supaya paparan jelas dan mudah dibaca.
Apa pun, secara keseluruhannya persembahan kedua-dua kumpulan ini memang menarik dan berjaya memberikan input tambahan yan berguna kepada sahabat-sahabat yang lain.
Pada minggu yang lalu (Minggu ke-6), kuliah yang disampaikan oleh En. Amran adalah mengenai ‘Makyung’ dan ‘Kompang’. Saya memang sangat berminat dengan muzik kompang tetapi tidak berpeluang untuk mempelajari teknik bermain kompang yang betul. Walaubagaimanapun, semasa saya di kampung dahulu saya pernah menyertai satu kumpulan rebana yang diberi nama Kumpulan Rebana Perak di bawah pimpinan En. Suffian dan En. Zaidi sejak saya berusia 13 tahun sehingga 17 tahun. Namun kini, saya tidak dapat bergiat aktif bersama kumpulan tersebut kerana menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Sebelum ini saya fikir kompang dan rebana adalah dua jenis alat muzik yang berbeza. Namun, setelah saya mengikuti kuliah pada minggu ke-6 ini dan bertanya kepada En. Amran barulah saya faham bahawa asasnya kedua-dua alat ini adalah sama. Beralih kepada Makyung pula, walaupun saya pernah mendengar perkataan ‘Makyung’, namun sebelum ini saya tidak pernah didedahkan dengan pengetahuan yang mendalam mengenainya dan tidak pernah terfikir akan belajar mengenai Makyung dalam kursus Muzik Tradisional Malaysia (SMP2252) ini.
Sebelum memulakan kuliah, seperti biasa En. Amran membawa minda kami supaya memberi tumpuan dan fokus kepada apa yang ingin beliau sampaikan. Sebelum masuk kepada isi pelajaran, En. Amran menayangkan 4 video yang berbeza dan seterusnya meminta kami meneka jenis muzik tersebut. Video 1 dan Video 3 adalah persembahan Makyung, Video 2 – Mekmulung dan Video 4 adalah persembahan Menora. Saya tidak dapat meneka Video 2 dan Video 4 (Mekmulung danMenora) kerana tidak pernah melihat kedua-dua persembahan ini.
Refleksi kali ini akan memberi fokus kepada beberapa objektif utama yang mensasarkan pengetahuan mengenai:
i. Sejarah persembahan, alat muzik, melodi, bentuk dan irama dalam muzik Makyung.
ii. Sejarah, alat muzik, tempo dan rentak Kompang.
A) MAKYUNG
Makyung tergolong dalam kategori bentuk Seni Lakon / Drama Tari sama seperti Menora, Mekmulung dan Jikey. Ia mengisahkan penceritaan yang menggunakan pelakon manusia serta mengutamakan dialog, muzik vokal dan instrumental. Makyung berasal dari Patani (Kerajaan Melayu Lama: Hikayat Patani) dan tersebar luas di Semenanjung Malaysia, Medan dan Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia. Cerita asalnya bertajuk Dewa Muda (cerita rakyat). Kini Makyung telah bertukar dari Tradisi Istana ke Tradisi Rakyat (Folk Theater). Terdapat kira-kira 11 buah cerita dan 30 buah lagu repertoire Makyung. Watak-watak dalam Makyung adalah seperti berikut:
i. Pakyungdan Pakyung Muda (Watak Utama)
ii Makyungdan Puteri Makyung (Raja Perempuan)
iii Peran Tua dan Peran Muda (Pengasuh)
iv Tok Wak (ahli nujum dan tukang)
Makyung dipersembahkan untuk tujuan Ritual seperti Main Puteri dan persembahan sebagai sembah guru. Makyung juga dipersembahkan untuk tujuan persembahan di mana lantai panggung didirikan beberapa kaki dari atas tanah, beratap dan ruang berlakon di tengah-tengah panggung. Pemuzik dan pelakon pula mengambil peranan sebagai korus duduk di tepi lantai (Theater In The Round).
Lagu Makyung terdiri daripada Mengadap Rebab, Kijang Emas dan Lagu Sindung. Lagu Mengadap Rebab merupakan lagu terpanjang yang mengiringi nyanyian dan tarian Pak Yung. Ia adalah simbol penghormatan kepada Rebab dan semangat Makyung. Kijang Mas pula adalah lagu selepas Mengadap Rebab yang dinyanyikan oleh Kumpulan Korusdalam keadaan gembira. Ia dinyanyikan Pak Yung dan Mak Yung untuk menceritakan sesuatu pada Korus. Manakala Lagu Sindung pula dinyanyikan Pakyung apabila ingin memberikan arahan kepada peran.
Disamping itu, saya juga telah mempelajari alat muzik serta bentuk (form) dan irama dalam Makyung. Alat muzik utama Makyung ialah sepasang gendang, sepasang tetawak (rendah & tinggi) dan sebuah rebab 3 tali. Manakala serunai, geduk dan canai adalah alat muzik tambahan yang dimainkan dalam Makyung.
Bentuk atau Form dan struktur lagu-lagu dalam Makyung ditentukan dalam sistem gongan (pusingan- jangka masa tertentu yang ditentukan dengan pic-pic gong). Ia dikawal oleh tetawak dan sistem gongan 8 bit, 16 bit, 32 bit. Manakala iramanya menggunakan 4 timbre (pak, duh, cak, ting), gaya meningkah (interlocking) dna hampir semua lagu Makyungbertempo agak pelahan. Melodinya pula dipersembahkan oleh seorang penyanyi dan alat muzik rebab. Struktur melodi Makyung adalah yang berhias dan kompleks.
B) KOMPANG
Permainan kompang dibawa oleh pedagang Arab pada kurun ke 13 Masihi yang datang berdagang ke Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang sehingga kini. Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa. (Abdul Latif Ali, 1980: 12). Di Indonesia dipanggil terbang atau rebana. Terdapat dua (2) pendapat mengenai sejarah kompang. Pendapat pertama menyatakan bahawa bentuknya sama dengan hadrah yang menyerupai kompang yang terdapat di negara Arab. Pendapat kedua pula menyatakan bahawa lirik lagu yang dimainkan selalunya dalam bahasa Arab, contohnya Selawat Memuji Rasulullah SAW.
Kompang / Rebana juga dikenali sebagai dufuf, daff, duff, tar atau bendir. Klasifikasi kompang adalah membaranofon dalam kelas dram kecil. Dalam permainan kompang pakaian amat dititikberatkan. Jika dilihat kepada adab permainan kompang adalah menjadi satu tegahan melentangkan kompang, tidak boleh melambung kompang dan tidak boleh meletakkan arah kulit muka kompang ke lantai.
Fungsi Kompang
Antara fungsi permainan kompang ialah:
Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble (nasyid, marhaban).
Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara rasmi yang melibatkan pembesar.
Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak lempong, caklempong pacik dan gamelan.
Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak bagi memeriahkan acara sukan serta membuat gimik sorakan.
Pertandingan – paluan kompang dan kompang formasi.
Jenis Permainan Kompang
Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis. Antara jenis-jenis kompang ialah Kompang Hadrah ( Negeri Perak ), Kompang Johor / Jawa, Kompang Eizhar ( Negeri Selangor ) dan Kompang Kelalang ( Negeri Melaka ).
Alat muzik kompang
Kompang boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu. Antara saiz kompang yang mengikut peringkat umur pemain adalah seperti berikut:
30 cm : 12 tahun dan ke bawah
32.5 cm: 13 dan 14 tahun
35 cm : 15 dan 16 tahun
37.5 cm dan 40 cm : Orang dewasa
Dua (2) bahagian penting alat muzik kompang ialah belualng dan belulang baloh. Belulang diperbuat daripada kulit kambing betina dan belulang baloh dibuat daripada kayu nangka.
Pembuatan Kompang
(Kulit Kambing Betina)
(Kulit Kambing Betina yang Dibentuk & Ditegangkan)
(Kompang yang Telah Siap)
Di akhir kuliah, saya dan rakan-rakan berpeluang mempelajari teknik bermain kompang termasuk cara memegang kompang dengan betul dan belajar jenis-jenis pukulan / paluan. Secara asasnya, teknik dan jenis pukulan kompang dan rebana (seperti yang pernah saya pelajari) adalah sama. Bagi menghasilkan bunyi ‘pak’ kompang dipalu di bahagian tengah manakala untuk menghasilkan bunyi ‘bung’ kompang perlu dipalu di bahagian tepi. Terdapat beberapa rentak dalam permainan kompang iaitu Inang Asas, Masri Asas dan Asli Asas.
Secara kesimpulannya, kuliah pada minggu ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada saya supaya menghargai keunikan muzik tradisional Melayu. Salah satu cara yang sesuai adalah bersikap prihatin dan peka terhadap maklumat mengenai muzik tradisional yang kita peroleh. Kita perlu menghargai setiap ilmu yang dipelajari dengan cuba mengaplikasikannya dengan sebaik mungkin disamping mencari peluang untuk memahami dan menghayati muzik tradisional Melayu.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
Jurnal Refleksi: Minggu ke 14
-
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera
Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En.
Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
Jurnal Refleksi: Minggu ke 14
-
Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En.
Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada
minggu k...
JURNAL REFLEKSI MINGGU 14
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah
14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik
tradisiona...
Jurnal Refleksi : Minggu 14
-
Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas
SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu
menye...
MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita,
En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14
dan mi...
Reflesksi Keseluruhan
-
Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai
reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam
kuliah-kuli...
JURNAL REFLEKSI
-
Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan
menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang
terhasil ada...
BIODATA
-
NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI
NO.MATRIK : D20072031485
PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN
KUMPULAN : A
SEMESTER : 6
SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
Minggu 14: Jurnal Refleksi
-
*Salam Warisan...Salam Permai Bumi Tuhan...*Jurnal Refleksi pada minggu
terakhir ini adalah berkaitan tajuk kuliah yang disampaikan oleh pensyarah
iaitu...
JURNAL MINGGU KE-14
-
Tarian singa, pada minggu ke 14 vkita telah diajar mengenai tarian singa
dalam budaya masyarakat cina, dalam masyarakat cina tarian cina selalunya
dimainka...
refleksi jurnal : minggu ke 14
-
Salam Lembaran minggu ke 14
Di kuliah ini kami ditunjuk dan dipersembahkan berkaitan suatu kesenian
yang berkisarkan tentang tarian singa.Tarian ini adalah...
MINGGU 14: REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah En Amran dan
rakan-rakan sekalian. Sedar tidak sedar kita sudah sampai ke akhir kuliah
Mu...
Minggu 13 : Jurnal Refleksi
-
Salam Sejahtera kepada semua warga SMP 2252. Jurnal refleksi ini merupakan
jurnal yang terakhir untuk kursus ini. Dalam minggu yang terakhir ini,
tajuk yan...
Minggu 13 : Jurnal Refleksi Terakhir
-
Ini merupakan minggu terakhir bagi kelas SMP 2252 Muzik Tradisional. Saya
yakin bahawa semua pelajar dalam kelas ini berasa sedih kerana kela ini
telah pun...
Minggu ke-13 : Jurnal Refleksi
-
Salam Sejahtera saya ucapkan.........................................
Dalam kuliah minggu ini, kami diperkenalkan dengan tarian singa yang
berasal dari tra...
MINGGU 14 REFLEKSI JURNAL
-
Assalamualaikum w.t.b…
Sampai sudah kita di penghujung kuliah. Walaupun terpancar rasa gembira
pada wajah pelajar SMP2252 tetapi perasaan sedih tidak dapa...
MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI
-
Sedar atau tidak kita sudah sampai ke minggu ke 14, ini bermakna ini adalah
minggu terakhir dan selepas ini, kami semua akan menduduki perperiksaan
akhir. ...
JURNAL REFLEKSI: MINGGU KE TIGA BELAS
-
Salam Sejahtera..
Subjek muzik tradisional Malaysia merupakan satu subjek yang memberikan
banyak pengetahuan tentang bidang muzik tradisional. Disamping pe...
MINGGU 13 ;JURNAL REFLEKSI
-
Assalammualaikum dan salam perpisahan buat rakan-rakan blog...
Bertemu kembali kita di dalam refleksi jurnal minggu ketiga belas dan
ternyata minggu ini m...
JURNAL REFLEKSI KE-14
-
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
Sedar atau tidak kita telah sampai ke penghujung minggu iaitu minggu ke-14
di semester ini. Pada minggu ke-14, kulia...
Minggu 14: Jurnal Refleksi
-
Asalamualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia dan Salam Perpisahan buat
rakan-rakan SMP2252 (Muzik Tradisional Malaysia)serta pensyarah En Amran
Aris
Pertamanya ...
MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu terakhir yang mengajak
saya untuk mengulas mengenai keseluruhan ta...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 14
-
Salam satu Malaysia semua...
Sesi pembelajaran sudah sampai ke penghujungnya, rasa seperti kuliah baru
saja bermula...Apa pun kuliah tetap berjalan seperti...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 13
-
Salam 1 Malaysia..Sedar tak sedar kita sudah masuk ke minggu terakhir pada
semester ini. Kita telah berjaya menghabiskan kursus SMP2252 ini. Selama 14
ming...
MINGGU 13: JURNAL REFLEKSI
-
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera...
Untuk pengetahuan semua, minggu ke-13 merupakan minggu yang terakhir bagi
sesi pembelajaran subjek Malaysian Tra...
Minggu 13: Jurnal Refleksi Keseluruhan
-
Assalamualaikum w.b.t
Kuliah terakhir pada minggu tersebut adalah mengenai tarian Singa. Tarian
ini sangat comel bagi saya kerana kostum singa yang digunak...
Minggu 13: Jurnal Refleksi
-
Selamat sejahtera......
Sedar tak sedar kita sudah masuk ke minggu terakhir pada semester ini. Kita
telah berjaya menghabiskan kursus SMP2252 ini. Selama ...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 13
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan seperjuangan dan
pensyarah yang disayangi.Pada minggu ini merupakan minggu yang terakhir
kuliah bagi...
MINGGU 13: JURNAL REFLEKSI
-
Selamat sejahtera dan salam perpaduan dan salam 1 Malaysia...
Sebelum memulakan apa-apa bicara, saya ingin mengucap syukur kerana berjaya
menghabiskan su...
Jurnal Refleksi : minggu 13
-
salam... minggu ini merupakan minggu terakhir sesi pembelajaran pada
semester ini. terlalu pantas masa berlalu. saya berasa sangat
seronokksejaki kerana da...
MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI
-
Salam satu Malaysia semua...
Sesi pembelajaran sudah sampai ke penghujungnya, rasa seperti kuliah baru
saja bermula...Apa pun kuliah tetap berjalan seper...
MINGGU 14: REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalamualaikum wbt
Setelah 14 minggu menghadapi kuliah muzik tradisional ini akhirnya
sampailah di penghujung kuliah. Walaupun ada diantara kelas saya yan...
Jurnal Refleksi Minggu Ke 14
-
Pada minggu ini saya berasa sedih sekali kerana ini adalah kuliah terakhir
kami bersama En amran. Pada pandangan saya kelas ini memerikan informasi
yang ba...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 14
-
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera kepada semua..
Di hari terakhir kuliah kami..saya rasa saya bakal rindu akan setiap
kenangan dan pembentangan d...
MINGGU 13 : JURNAL REFLEKSI
-
Assalammualaikum & salam sejahtera...=)
Kuliah pada minggu ini adalah kuliah yang terakhir bagi saya serta
rakan-rakan yang lain. Terasa masa berlalu begit...
Minggu 14 : Jurnal Refleksi
-
Assalamualaikum w.b.t.
Kesedihan pasti menyelubungi setiap sanubari rakan-rakan semua termasuklah
saya kerana pada minggu ini merupakan kuliah yang terakhi...