Monday, July 26, 2010

Minggu 2: Jurnal Refleksi

Muzik Tradisional Melayu

Pada awalnya, penulis menjangkakan bahawa Kursus Muzik Tradisional Malaysia (SMP2252) ini adalah satu kursus yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara amali. Namun, setelah diberi makluman dan penjelasan yang terperinci pada minggu pertama kuliah mengenai skop, pengkhususan dan kaedah P&P oleh pensyarah (En. Amran), penulis melihat bahawa pendekatan yang digunakan oleh pensyarah dalam kursus ini sangat berbeza berbanding dengan kebanyakan kursus-kursus yang lain. Pendekatan yang digunakan iaitu melalui pembinaan blog individu setiap ahli kumpulan serta interaksi yang diwujudkan melalui laman sosial (facebook) sememangnya memberikan satu bentuk transformasi yang sangat baik kepada perkembangan pembelajaran khususnya dalam zaman teknologi masa kini.


Sebelum ini, penulis pernah mengambil kursus Muzik Tradisional 1 (Kursus Ko-Kurikulum) yang mana sepanjang semester tersebut penulis berpeluang belajar dan bermain alat muzik gamelan (secara amali). Pengalaman tersebut sangat bermakna kerana penulis sangat meminati muzik tradisional khususnya muzik tradisional Melayu. Selain itu, pengetahuan sedia ada mengenai sejarah dan asal usul muzik tradisional khususnya di Tanah Melayu menjadi pendorong kepada penulis untuk mempelajari, menghayati, menjiwai dan seterusnya menghargai muzik tradisional secara lebih mendalam. Melihat kepada sejarah, secara ringkasnya pengaruh keseniaan dan hiburan di Tanah Melayu atau Nusantara sangat jelas dilihat mula berkembang pada zaman pengaruh Hindu-Buddha , diikuti oleh zaman pengaruh Islam dan seterusnya pada zaman kolonial Barat yang telah memperkenalkan pelbagai alat muzik daripada negara mereka, misalnya biola, selo (cello), gitar, seruling (flute), dan ukulele. Pengetahuan sedia ada penulis ini sedikit sebanyak membantu pemahaman pembelajaran semasa di bilik kuliah.


Walaubagimanapun, pada kuliah minggu ke-2 pensyarah telah memberikan beberapa input tambahan berkaitan kursus Muzik Tradisional Melayu ini. Terdapat beberapa perkara penting yang telah diberi penekanan sepanjang kuliah tersebut iaitu mengenai soundcapes, budaya muzik, sejarah muzik, kategori alat muzik, dan konsep atau struktur muzik. Lima (5) topik ini merupakan asas penting dalam proses pemahaman kepada kursus Muzik Tradisonal Melayu ini. Budaya muzik dapat dikaitkan berdasarkan pendapat Abdul Rahman Hj. Abdullah (2006), yang mengatakan bahawa muzik adalah salah satu daripada elemen budaya yang bersifat weltanshung di mana kita dapat melihat muzik dari segi komponen, sejarah, kategori dan struktur muzik itu sendiri yang membawa dan memberi lambang kepada identiti sesuatu kelompok masyarakat. Seterusnya apabila bercakap mengenai soundcapes penulis dapat mengidentifikasikan ia sebagai suatu pemandangan bunyi yang merujuk kepada bagaimana karektor bunyi mengambil tempat dalam konteks lingkungan suara. Budaya dan sejarah muzik pula merujuk kepada sesuatu yang memberi makna kepada sesuatu identiti yang lahir daripada generasi yang terdahulu samada ianya wujud hasil ciptaan atau binaan nenek moyang pada masa lalu atau ianya berkembang bersama pengaruh luar yang dibawa ke Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. dan kemudiaannya diasimilasikan dalam kehidupan masyarakat. Seterusnya, penulis juga dapat mengetahui empat (4) kategori muzik yang utama iaitu kordofon, membranofon, aerofon dan idofon berdasarkan contoh-contoh yang diberikan oleh pensyarah. Selain itu, penulis juga telah mempelajari enam (6) elemen atau komponen yang terdapat di dalam struktur atau konsep muzik iaitu melodi, ritma/meter, harmoni, bentuk (form), notasi dan ekspresi atau tafsir.

Secara ringkasnya, melalui kaedah P&P yang berbeza dan menarik iaitu dengan menggabung penggunaan teknologi / ICT (tayangan slaid, audio dan visual) yang dilaksankan dalam kursus ini sememangnya banyak membantu pemahaman pelajar di samping menarik minat pelajar sepanjang proses P&P. Pendekatan yang menarik ini seterusnya bukan sahaja dapat mengetahui dan memahami perkara yang berkaitan muzik tradisional bahkan turut membina rasa minat dan menghargai muzik tardisional.



(Contoh Ensemble Gamelan yang dimainkan bersama tarian gamelan)


Teruskan Membaca...

Wednesday, July 14, 2010

BIODATA


Nama

Khadijah Binti Mohd Bakri

No Matriks

D20072031688

Program

Pengajian Malaysia dengan Pendidikan

Kumpulan

B

Semester

Enam (6) / Semester 1 2010/2011

Subjek

SMP 2252 – Muzik Tradisional

Email

khadijah.mb@gmail.com

Alamat Blog

http://smp2252khadijah.blogspot.com/

Negeri Asal

Perak

Foto


Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kump. A

Blog Pelajar Kump. B

Blog Pelajar Kump. C

SMP2252 Khadijah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template